Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pemuda hilang di dusun durian sejak seminggu lalu ditemui dalam gua

Pemuda hilang di dusun durian sejak seminggu lalu ditemui dalam gua

KANGAR – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu selepas keluar membersihkan dusun durian yang terletak di atas bukit berhampiran Sungai Batu Pahat di sini ditemui dalam keadaan selamat pada petang ini.

Mangsa, Zulhelmi Abdul Halim, 28, dikatakan ditemui penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Sewaktu ditemui, Zulhelmi dikatakan sedang berlindung di dalam sebuah gua dengan keadaannya yang lemah dah tidak bermaya.

Pada ketika ini usaha menurunkan mangsa dari kawasan bukit itu sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Bapa mangsa, Abdul Halim Ismail, 71, berkata, dia bersyukur dengan penemuan anak bongsunya itu selepas dilaporkan hilang sejak 8 Julai lalu.

Katanya, dia juga sempat melihat gambar terkini anaknya itu dan lega apabila mengetahui Zulhelmi dalam keadaan selamat.

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus membantu mencari anak saya sejak dia dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya. – 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Post a Comment for "Pemuda hilang di dusun durian sejak seminggu lalu ditemui dalam gua"