Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kejadian Tadi Subuh ‼️ Tergamaknya, Lelaki Singgah Solat Dibelasah Hingga Mati Selepas Disangka Pencuri

Kejadian Tadi Subuh ‼️ Tergamaknya, Lelaki Singgah Solat Dibelasah Hingga Mati Selepas Disangka Pencuri


Nasib malang menimpa seorang pemuda. Niat murninya untuk menunaikan solat tahajud di sebuah masjid berakhir dengan tragedi apabila maut dibelasah sekumpulan lelaki yang menyangka mangsa adalah pencuri.


Muhammad Khaidir, 23, seorang mahasiswa yang berasal dari Selayar pada mulanya datang ke masjid untuk menunaikan solat. Tetapi pintu masjid masih berkunci, mungkin kerana masih awal ketika itu.


Lalu mangsa mengambil keputusan mengetuk pintu rumah seorang penduduk, Yahya, yang tinggal berhampiran masjid untuk meminta agar pintu masjid dibuka. Namun, ketukan pintu yang kuat itu pula telah menimbulkan salah faham Yahya.


”Mangsa pergi ke rumah penduduk, Yahya, yang berhampiran dengan masjid lalu mengetuk pintu rumahnya dengan kuat, namun ia tidak dibuka menyebabkan mangsa kembali semula ke masjid,” kata polis.


Yahya yang merasa terancam kemudiannya melarikan diri ke masjid menggunakan pintu lain. Kebetulan, ketika itu Yahya bertemu Ridwan, bilal di masjid itu lalu menceritakan apa yang terjadi di rumahnya.


Bilal yang panik kemudian terus membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa terdapat pencuri di kawasan masjid mereka. Sementara itu, Khaidir yang tidak mengesyaki apa-apa yang buruk terus berlegar di sekitar masjid ketika itu.


Akibat daripada pengumuman tersebut, beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran bergegas ke masjid dan menemui pemuda itu berada di situ.


Mangsa yang tidak dapat memberi sebarang penjelasan terus dipukul beramai-ramai di masjid sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk kepala.



”Mereka menjerit ‘ada pencuri’. Itu yang menyebabkan penduduk setempat datang dan menjatuhkan hukum sendiri. Tetapi, tidak ada barang pun yang dicuri di masjid ketika itu, ” kata polis.


Jenazah Khaidir telah diserahkan kepada keluarganya di Selayar setelah menjalani bedah siasat.


”Ibu bapa mangsa merasa terkejut dan berduka dengan nasib yang menimpanya anaknya hanya kerana salah faham. Mereka meminta supaya pelaku dijatuhkan hukuman seberatnya,” katanya lagi.


Setakat ini, 10 suspek termasuk dua remaja berusia 16 dan 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.


Sementara itu, hasil sisatan, polis turut mengesahkan tiada sebarang bukti menunjukkan Khaidir ialah pencuri. Penduduk dikatakan mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa usul periksa sehingga mnegorbankanya nyawa orang yang tak bersalah.


Sumber: siakap

Post a Comment for "Kejadian Tadi Subuh ‼️ Tergamaknya, Lelaki Singgah Solat Dibelasah Hingga Mati Selepas Disangka Pencuri"